Bintang Hong Kong Gillian Chung Ditahan Kerana Terlalu Cantik?!

Ternyata tak semua orang anggap perempuan cantik ni baik.

Ternyata tak semua orang anggap perempuan cantik ni baik.

Dari kecil kita sudah biasa dengan istilah ‘memandang rupa’, ramai orang yang memandang rupa sebagai satu kelebihan dan kebanggaan. Ramai juga yang beranggapan ‘jika saya ada paras rupa yang cantik, saya akan dilayan dengan baik’. 

Ini adalah satu tanggapan yang menyedihkan sebenarnya. Kerana jika kita orang yang terlalu memandang rupa, kita akan lupa soal hati dan perasaan pula. Dalam kita sibuk memuaskan hati semua orang, hati sendiri yang akan terluka :(

Viral, Jawaban Mengejutkan Pria Mengenai Wanita yang Merasa Tidak Cantik

Foto Kredit: @wolipop.detik.com

Namun, hidup tak selalu indah, ada juga yang menganggap perempuan cantik ini seperti tiada kepentingan. Ini dibuktikan melalui kisah seorang penyanyi Hong Kong, Gillian Chung yang ditahan di lapangan terbang Jerman.

Seperti yang telah dilaporkan oleh satu media Singapura, penyanyi tersebut sedang dalam perjalanan ke Belgian untuk sebuah majlis perkahwinan dan mahu menginap sebentar di Jerman pada ketika itu.

Namun, apa yang mengejutkan, Gillian Chung dan rakannya telah ditahan oleh pegawai di lapangan terbang Jerman atas alasan “selalunya orang cantik datang ke Belgian untuk perkara yang menyalahi undang-undang.” Lahh macam tu pulak 😅

Gillian Chung says she was once detained in German airport for being 'young  and beautiful', Entertainment News - AsiaOne

Foto Kredit: @asiaone.com

Menurutnya, dia cuba menjelaskan bahawa dia adalah seorang selebriti yang mempunyai pendapatan sendiri, namun pegawai tersebut masih sahaja melakukan siasatan lanjut terhadap mereka. Seolah-olah mereka tidak percaya bahawa perempuan cantik juga boleh berkerjaya.

“Kami sedang bergegas untuk penerbangan, tiada akses kepada makanan, bilik mahupun kapal terbang, [kami tetap sahaja] ditahan. Kami sangat tidak bertuah,” adunya kepada wartawan.

Ish ish ish, suka hati je tahan orang, dengan alasan tak munasabah pulak tu 😡

Lets Fight GIFs | Tenor

Kesimpulannya, setiap orang ada pandangan dan tanggapan masing-masing terhadap sesuatu perkara. 

Termasuklah dalam soal rupa. Ada yang terlalu mementingkannya sehingga alpa dengan perasaan sendiri dan orang sekeliling, ada juga yang terlalu memandang remeh sehingga lupa tentang keterampilan dan kebersihan diri.

Satu perkara yang kita perlu pegang dalam kehidupan adalah bersederhana, yakni mencari jalan tengah di antara dua keterlaluan. Sebagai seorang pemuda yang berwibawa, kita memang perlu menjaga keterampilan diri sendiri, dalam masa yang sama juga, kita perlulah pandai mengawal perasaan dan pemikiran kita sendiri. Setuju?

Hmm GIFs - Get the best GIF on GIPHY

Namun, mencari keimbangan dalam satu perkara itu adalah perkara yang paling sukar. Tapi takpe, yang penting kita usaha, kan? Betul tak? 

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Kongsikan ia di ruangan komen!

*Sumber: Visual dan Rujukan Kredit kepada Media Sosial, The Star dan lain-lain untuk tujuan pengertian situasi.

Mahukan berita terkini? Ikuti Facebook dan Instagram kami untuk maklumat lanjut!